Showing posts with label EPL. Show all posts
Showing posts with label EPL. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

Liverpool Terlalu Power Untuk Arsenal


Dirk Kunyit dan rakan-rakan
#MuhdShamil

Seperti yang korang semua tahu, semalam berlansungnya perlawanan paling tidak penting untuk musim ini. Perlawanan di antara kelab yang tak dapat masuk Champions League dan kelab tabika pulau dusun. Perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan sandarkan pada kenangan dengan jaringan 2-0. Aku marah la dekat pengadil semalam, apa ke bangang, Arsenal score 1, Liverpool score 1, apesal tak seri ? bangang bangang bangang. 

Walaupun perlawanan pada mulanya agak seimbang tapi last-last budak-budak tabika ni jadi agak bangang. Ye la, pemikiran budak-budak ni lain, yer dok ? Kecelakaan Arsenal bermula apabila budak Frimpong yang perasan rambutnya lawa tu dilayankan kad merah. 

Aku tengok si Arshavin tu main macam gampang gak semalam, biasanya dia yang suka score time lawan Liverpool nihh. Main punya main, Ramsey score, bersoraklah semua budak-budak Arsenal ni kan, tapi tengok-tengok gol sendiri. Terus diam dan ada kata nasib, lantak lah kau.

Arsenal boleh hidup semalam aku tengok sebab Nasri jer, entah la kalau tak der Nasri semalam, tapi ni game last Nasri bersama Arsenal lepas ni dah main dengan team yang kalah Community Shield dah, apa akan jadi kat Arsenal ? dah la next game main away, lawan team cempiyen pulak tu. Bala ni bala.

Kembali kepada game semalam, ketika pak cik Wenger seakan-akan puas hati dengan kekalahan 0-1, Suarez pula melengkapkan malam gemilang Liverpool dengan jaringan yang nampak sangat bangang. 2-0. Sebak di dada pak cik Wenger pasal Fabregas keluar pon tak habis lagi, tambah pula dengan yang ni, lepas ni Nasri pulak, ish ish ish.

P/s : Aku nak tanya korang, dengar khabar abang Nando Torres score dua-dua goal Chelsea semalam, betol ka ? sorry la, aku tak tengok game. 

Thursday, August 18, 2011

United still need new player or not?

Admin 1


YES, WE NEED ONE MORE MIDFIELDER


Yes, this young man is very talented, have a very big potential, United boleh guna dia untuk EPL tapi untuk Champions League. NO WAY. We need someone like Wesley Sneijder, creative and experienced player. Sejak Paul Scholes bersara, no more killer pass from the midfield.

Tom Cleverley still need time to prove themself just like the new goalkeeper, David De Gea. United need a worldclass player untuk ganti Paul Scholes yang juga worldclass, jangan jadi macam Arsenal, Fabregas keluar, siapa ganti ? Ryo Miyaichi.

Kalau United pakai Cleverley untuk Champions League final lawan Barcalona, gerenti kena ayam dengan si Iniesta, Xavi, Messi (Fabregas masuk last2) Jadi, United teramat perlukan seorang lagi Midfileder, a good playmaker untuk bantu Rooney, gerakkan bola dan control game.

Jika the bloody Sneijder masih berkeras dengan wages yang tak masuk akal tu, so, ini cadangan gua, usah pedulikan dia, biar dia mampus di Inter Milan yang semakin tenat tuhhh

Possible transfers :

1) Luka Modric
Kahkahkah, tengok jersey dia, ni mesti kerja budak-budak bangang Chelsea, ingat gua tak tahu tu badan abg Nando Torres kesayangan ?
2) Paulo Henrique Ganso
Santos's playmaker
3) Mario Gotze
Germany young talent
4) Fabian Delph





Wednesday, August 17, 2011

'TEVEZ IDOLA SAYA'

Admin 2


Sergio Aguero membuktikan mengapa kos untuk mendapatkannya mencecah 35 juta pound (RM 172 juta) apabila mempamerkan persembahan cemerlang walaupun dimasukkan sebagai pemain gantian semasa Manchester City menewaska Swansea dengan kemenangan 4-0.

Aguero menyifatkan rakan senegaranya,Carlos Tevez sebagai idolanya.'' Dia (Tevez) adalah hero saya.Dia jadi model terbaik dan tempat rujukan saya.Semuanya berkaitan Tevez ketika saya di peringkat pembentukan sebagai pemain bola sepak.

Bintang Baru EPL

Walaupun penulis bukan peminat Manchester City tetapi penulis minat dengan Sergio Kun Aguero. Firasat penulis kuat mengatakan bahawa dia adalah bintang baru EPL.

Tak dapat dinafikan, penampilan pertama, 2 gol sememangnya sesuatu yang hebat namun harus diingat lawannya ketika itu bukan lawan sukar namun penulis menilai berdasarkan corak permainan beliau. Tak kiralah lawan sukar atau tidak. Cuba lihat Torres, lawan sukar atau mudah, dia tetap maintain.

Bak kata Datuk K.Rajagobal 'kita tak boleh nilai pemain dalam satu perlawanan'

Penulis juga yakin, Manchester City akan jadi pencabar utama Manchester United musim ini. City membeli Aguero kerana pada mulanya Carlos Tevez berhasrat untuk berhijrah namun dilihat akan kekal. Jika Roberto Mancini memilih untuk mengandingkan Aguero dan Tevez, tiada siapa dapat menghalang mereka.

Sergio Kun Aguero bakal menjadi Carlos Tevez yang baru, bakal menggegar pentas kejohanan paling besar didunia itu. Tetapi jika nak jadi Tevez, ikut yang positif sudahlah jangan pula jadi pemain paling banyak kontroversi seperti Tevez.

Hasil Kerja Arsene Wenger, berbaloi !

ADMIN tak nak cakap panjang hari ni.Segala-galanya terbukti dalam video ni.

Tuesday, August 16, 2011

Arsenal & Chelsea Terlepas Pandang

Untuk post kali ini, penulis akan cuba jadi seadil mungkin dan tidak akan gunakan kata-kata sinis kepada pasukan-pasukan lain dan akan menulis apa yang nyata (kehkehkeh, jangan marah, ini perkara nyata)

Kita semua tahu, Arsenal dan Chelsea lebih memerlukan seorang pemain sayap yang laju dan tricky berbanding United kerana United sudah ada beberapa pemain-pemain sayap laju seperti Nani dan Valencia.

Namun kenapa Arsenal dan Chelsea terlepas pandang akan kelibat Ashley Young ? pemain berusia 26 tahun ini mempunyai semuanya. Chelsea dilihat beria-ia cuba mendapatkan bintang muda Santos, Neymar.

Chelsea bida Neymar dengan harga 41.5million sedangkan United sambar Ashley Young dengan harga yang murah iaitu 16million sahaja. Jika Chelsea bawa masuk Young peluang untuk mencabar kejuaraan dari United lebih cerah dan tidak mustahil mereka mampu jadi juara.

Bagi Arsenal pula, untuk bergelar juara agak sukar namun untuk memperbaiki kedudukan. Penulis yakin mereka dapat berada dalam kelompok 3 terbaik andai kata mereka bawa masuk Young.

Hasilnya mereka seri dalam perlawanan pertama yang sepatutnya mereka tidak mempunyai masalah untuk membawa pulang 3 mata. Van Persie dan Torres boleh jaringkan gol namun they're suffering from a lack of service dengan kata lain mereka tiada 'penyuap'. Arsenal were blunt without Fabregas tambahan pula Gervinho dilihat more like Solomon Kalou than Ashley Young.

Sementara itu, Chelsea dilihat lebih banyak bergantung kepada Cole dan Bosingwa untuk membuat overlap dan bukanya pemain tengah mereka namun mereka tidak berupaya untuk mengelecek sampai pertahanan lawan pening seperti Ashley Young dapat buat dan akhirnya memaksa pemain lawan jaringkan an own goal.

Keseluruhannya, United tak lah sehebat mana pada perlawanan pertama jika nak dibandingkan dengan Arsenal dan Chelsea tetapi kualiti yang ada pada Ashley Young membolehkan mereka mendapat 3 mata penuh pada perlawanan tersebut dan telah memberi mereka two point advantage over their rivals.

United menang perlawanan tersebut tanpa Rio Ferdinand dan Vidic. Evra juga tak diturunkan akibat masalah kecederaan. Cuba letakkan Arsenal di situasi tersebut. Their back four will be Sagna Djourou Squillaci Traore - Barisan pertahanan yang penulis rasakan kurang mampu untuk menyekat kemaraan pemain-pemain laju West Brom atau mana-mana pasukan dalam Liga.

Kita complain tentang ramai pemain cedera, tetapi kalau anda sign pemain-pemain back up yang berkualiti seperti Phil Jones dan Smalling dan anda ada pemain yang sudah terbukti berkesan seperti Ashley Young dibarisan serangan. Ia tidak akan menjadi isu besar dalam pasukan. Wenger patut tonton perlawanan Manchester United pada Ahad lepas dan cuba fikirkan semula tentang berbelanja hampir 20million  untuk Ryo Miyaichi, Alex Chamberlain, and Joel Campbell.

Risikonya terlalu tinggi. Mereka masih muda dan belum terbukti berkesan. Andai kata mereka tak capai tahap yang diharapkan? Mereka bukanlah apa yang Arsenal perlukan sekarang. Ia tidak adil untuk pemain-pemain muda ini datang ke kelab besar sebergini dan perlu terus menjadi lebih baik dari pemain-pemain senior dari kelab lain. Andai kata mereka gagal? Mereka akan jadi sasaran peminat

Kalau ada yang terasa penulis mintak maaf, kerana ini ikhlas dari hati seorang peminat bolasepak. Penulis tidak menggunakan kata-kata sinis kerana penulis sekarang sudah berada dalam mood hari raya Aidilfitri, jadi penulis ingin mohon maaf zahir dan batin buat semua lebih-lebih lagi kepada semua penyokong Chelsea (kehkehkeh)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...