Tuesday, July 12, 2011

Slot Lagenda : Azizul Abu Hanifah


Mungkin tidak ramai penyokong Perak dan Malaysia generasi baru yang mengenali dengan nama Azizul Abu Hanifah, tidak dinafikan, nama beliau tidak sepopular arwah Mokhtar Dahari mahupun Dato' Soh Chin Aun, namun sumbangan beliau kepada bolasepak Malaysia, amnya dan Perak , khasnya tidak ternilai.

Nombor 12 menjadi nombor keramat buatnya, posisi tengah menjadi kegemaranya, corak permainan bak Zinedine Zidane. Itulah beliau, Azizul Abu Hanifah, antara pemain tengah terbaik negara.ketajaman penyudah menjadikan beliau pemain yang disegani pada era awal Liga Profesional yang dikenali dengan nama 'Liga Semi-Pro'.

Komitmen beliau terhadap pasukan kebangsaan dan Perak. Beliau juga telah membantu pasukan Perak untuk   menjulang Piala FA buat julung kalinya pada tahun 1990 jika tidak silap saya. Beliau turut disenangi oleh pengurus pasukan Perak pada ketika itu, Dato Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Omar (Naib Presiden FAM kini) dan jurulatih, M.karathu yang kini membimbing pasukan Kelantan.

Malangnya, semasa isu rasuah bolasepak negara kian meruncing, Azizul turut terlibat dan beliau dijatuhkan hukuman buang daerah bersama pemain-pemain yang lain seperti P.Ravindran, Mohd Nazreen Chong dan ramai lagi. Sehingga kini, arkitek tengah sehebat beliau belum ditemui. Beliaulah Azizul Abu Hanifah.


Patriotik Rimau Atau Fanatik Gunners ?

Jersey biru atau jersey merah ? Norshahrul atau Van Persie ? Khairul Fahmi atau Wojciech Szczesny (Saya tidak copy nama ini , ini hasil usaha saya sendiri!) Rajagobal atau Arsene Wenger ? banyak persoalan yang ingin penulis lontarkan kepada anda semua mengenai perlawanan persahabatan pertama skuad kebangsaan dengan pasukan-pasukan gergasi EPL , Arsenal jadi pasukan yang paling berani , mereka yang pertama akan turun menentang skuad Harimau Malaya dan seterusnya diikuti oleh Liverpool dan Chelsea.

Yang mana anda sokong ? Malaysia atau salah satu kelab EPL tersebut ? Shirt On , Fear Off ! Masihkah anda ingat tragedi 18 & 20 Julai 2009 ? ingat ? sudah lupa ? 


Haaa ! dah mai dahhh , dah ingat kan ? masa Stadium Nasional Bukit Jalil bertukar menjadi Stadium Old Trafford. Masa Malaysia tewas 2-3 dan 0-2 kepada Manchester United. Kesian pemain Malaysia ketika itu , malu yang teramat , bukan sebab tewas , tapi sebab peminat !

Cukuplah dengan tragedi memalukan beberapa tahun yang lalu menjadi pengajaran. Penulis tidak nafikan , penulis juga salah seorang peminat Man Utd , tetapi jika diberi pilihan antara pasukan Malaysia dan Man Utd, sudah pastinya Malaysia di hatiku.

Penulis tak ingin mengulas panjang m penulis hanya berharap , kepada yang akan ke Stadium Nasional Bukit Jalil akan memberi sokongan sepenuhnya kepada Harimau Malaya.



Monday, July 11, 2011

Kenapa Bolasepak Kita Belum Setanding Eropah ?



Hari ini penulis ingin melontarkan satu soalan , Kenapa bolasepak kita belum setanding Eropah ? Kenapa ? Fizikal pemain yang tidak sesuai ? Pemain Jepun tinggi sangatkah ? lebih kurang kan ? Tapi diorang main World Cup ! Pastinya , ketinggian bukan puncanya.

Bila direnungkan , terlintas difikiran penulis kenapa bolasepak negara beluma setanding bolasepak Eropah , Ianya disebabkan oleh pemain-pemain di negara terlalu lembab untuk menimba pengalaman , kenapa ? bukan salah pemain , semuanya berpunca daripada Liga yang kurang kompetetif.

Cuba anda lihat , usia penyerang muda Man Utd , Javier Hernandez , beliau baru berusia 23 tahun , bukankah Mohd Zaquan Adha juga berusia 23 tahun ? Bukankah Abdul Hadi Yahya sudah berusia 26 tahun ? tapi kenapa mereka tidak mampu menandingi kehebatan Hernandez ?

Selain itu , pengadil juga memainkan peranan yang penting dalam proses memajukan bolasepak negara. Antara sebab utama bolasepak kita lambat untuk maju adalah kerana yang menguruskan organisasi itu tidak kompetan dan mereka tidak sedar bahawa mereka tidak layak berada disitu. For things to change , i must change first !

Cuba lihat skuad Ong Kim Swee , Harimau Muda A yang dibawa 'bertapa' di Liga Slovakia dan lihatlah hasilnya sekarang , Cuba lihat Muslim Ahmad , cuba lihat Fadhli Shas , cuba lihat Wan Zack Haikal , bukankah mereka sudah dapat menyaingi Norhafiz Zamani , Victor Andrang atau Amri Yahyah ketika mereka beraksi bersama skuad negara suatu ketika dahulu ?

Penulis ada mendengar khabar tentang pasukan bolasepak bawah 15/18 negara sudah bersedia untuk dibawa beraksi di Liga Slovakia oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) , jika benar , ini satu petanda yang positif , apabila mereka pulang apabila berusia 20an , pastinya mereka dapat menjadi permata negara.

Saturday, July 9, 2011

Bolasepak Malaysia Tak Pernah Jatuh


Ada sesuatu yang penulis ingin kongsikan , ia sekadar pandangan peribadi penulis. Mungkin kita terlepas pandang yang sebenarnya bolasepak negara kita tidak jatuh pada era lewat 80an dan awal 90an , tetapi kualiti permainan seolah-olah terhenti disitu sedangkan negara lain seperti Jepun , Korea dan negara-negara di asia barat mula berlumba-lumba menaikkan mutu bolasepak mereka.

Bagi penulis , kejayaan yang kita capai hari ini patut lebih dibanggakan daripada kejayaan yang kita kecapi dahulu. Kenapa ? kerana pada masa dahulu , tidak banyak negara asia yang mengutamakan bolasepak. Tidak mustahil dulu kita boleh melangkah jauh malah ada beberapa negara asia barat yang tidak mempunyai pasukan bolasepak.

Tetapi , lihatlah sekarang , bila dengar pasukan kita akan lawan Jepun atau Korea atau UAE , kita mula gentar. Kita jadi sukar untuk tewaskan mereka. Kenapa ? ini jelas menunjukkan proses pembangunan bolasepak di negara kita sangat lembab dan sudah ketinggalan. Jika sekarang kita berjaya untuk keperingkat lebih jauh , ia bermakna pasukan bolasepak negara kita betul-betul hebat.

Cuba imbas kembali , dulu pra-Olimpik hanya disertai oleh 17 negara sahaja , tetapi sekarang ? sekarang sudah mencecah 40 pasukan. Cuba lihat negara Arab , mereka betul-betul serius dalam membangunkan bolasepak dari dahulu lagi , mereka bawa bekas jurulatih pasukan Brazil , Carlos Alberto Parreira untuk bimbing pasukan kebangsaan mereka. Mereka juga bawa Mario Zagallo.

Apa yang dapat dilihat , perkembangan mutu bolasepak negara kita terlalu perlahan , kita hanyut seketika pada era pertengahan 70an sehingga awal 90an. Sedangkan negara lain giat membangun. Paling ketara , pasukan negara kita merekodkan kekalahan terbesar mereka pada tahun 1972 dan 1978 iaitu tewas 6-0 kepada pasukan Morocco dan 1-7 kepada pasukan China PR.

Walaupun penulis bukanlah peminat tegar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetapi ada satu perkara yang penulis tabik. Mereka tidak mengambil jalan singkat seperti yang Singapura , Indonesia dan Filipina lakukan. Mereka semua banyak guna khidmat pemain import tetapi sebaliknya dilakukan FAM. Kejayaan yang kita tempa hari ini , semuanya bermula dari skuad muda yang ketika itu dibimbing oleh Dato' K.Rajagobal , skuad yang digelar Harimau Muda.

Ini sekadar pandangan peribadi penulis , kalau ada yang tak suka , anda boleh angkat kaki , jalan terus , belok kiri , ambik simpang kanan ,  lepas tu ikut suka . Terima kasih.

Friday, July 8, 2011

Skuad Olimpik Bertuah Diundi Bersama Jepun





Penulis memang sudah lama mengharapkan pasukan olimpik Malaysia untuk diundi bersama satu kumpulan dengan gergasi bolasepak asia, Jepun. Setelah undian diadakan petang tadi di rumah AFC, Malaysia diletakkan di dalam kumpulan C bersama-sama Jepun, Syria dan Bahrain.


Ada satu sebab mengapa penulis anggap peluang diundi bersama pasukan Jepun sebagai rahmat. Sebab utama adalah untuk karier pemain-pemain Harimau Muda itu sendiri. Jika dilihat perlawanan pembukaan kumpulan ini, Malaysia akan memulakan kempen menentang Jepun di halaman mereka sendiri September ini.

Peluang bermain menentang Jepun akan menyajikan pentas terbaik untuk pemain muda mempamerkan kemampuan mereka di tahap yang tinggi. Sudah tentu setiap perlawanan yang membabitkan pasukan Jepun akan diikuti oleh setiap ahli komuniti bolasepak di negara berkenaan. Dalam hal ini, tidak berkecuali golongan 'scout' atau pencari bakat yang mewakili kelab-kelab utama J League.

Jika Malaysia mampu mengejutkan Jepun di halaman mereka sendiri, juga konsisten di semua 6 perlawanan kumpulan C, maka peluang pemain muda negara untuk memikat kelab-kelab utama Jepun menjadi semakin cerah. Mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh dan kerah setiap kemahiran yang ada untuk 6 perlawanan penting ini.

Jika Pemain muda negara ingin mengembangkan karier mereka dalam bolasepak, mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mengejar kontrak profesional kelab bolasepak di Liga yang berkualiti seperti J League.

Thursday, July 7, 2011

Bolasepak Malaysia Sudah Maju ?

Entri kali ni memang agak subjektif untuk dibincangkan. Bagi penulis perkara-perkara seberginilah sesuai untuk kita renungkan bersama. Ianye melibatkan hati anda semua dan penulis sendiri. Kepercayaan, kesetiaan dan bermacam benda lain bermain di hati dan perasaan kita semua. Sebagai seorang yang mencintai bolasepak dan berwarganegara Malaysia, penulis nak tinggalkan anda semua dengan persoalan ini

Adakah Bolasepak kite sudah Maju?

Juara Pesta Bolasepak Merdeka 2007

Tahun 1993 merupakan kali terakhir kita memenangi kejuaraan ini. 14 tahun kempunan, kalau ada anak, dah masuk sekolah menengah rasanya. Dalam proses membina skuad, pelbagai kaedah diguna pakai oleh pihak persatuan. Akhirnya terlerai juga penantian yang bagi penulis terlalu lama untuk kita semua tunggu.

Banyak juga suara sumbang yang penulis dengar ketika kejayaan ini. Ade yang cakap, Lawan kite di Final bukan lawan sebenar dan macam-macam lagi yang tak mampu penulis nak tulis di sini. Secara jujur, inilah merupakan detik kembalinya peminat ke stadium dan keyakinan seluruh rakyat terhadap Harimau Malaya makin bertambah .

Dibawah kendalian B. Sathianathan sebagai Coach ketika itu, kita memenangi semula kejuaraan yang pertama kali diadakan semperna kemerdekaan Negara pada tahun 1957.

Adakah Bolasepak kite sudah Maju?

Pingat Emas Sukan SEA 2009
Disinilah nama K.Rajagobal yang kini bergelar Dato' melonjak naik. Skuad bawah 23 tahun yang dibarisi muka baru pada mulanya tidak diberi harapan tinggi. Jika dilihat dari saingan peringkat kumpulan, sememangnya tiada harapan untuk pasukan ini ke separuh akhir.

Namun, bumi Vientiane, Laos menjadi saksi kebangkitan bolasepak negara. Penantian selama 20 tahun rakyat Malaysia berakhir, dengan kemenangan keatas Vietnam di perlawanan Akhir dan sekali gus memenangi Pingat Emas Bolasepak Sukan SEA 2009. Kemenangan ini jugaklah membuka mata pelbagai pihak, terutama sekali kepada pengkritik tegar Bolasepak Malaysia.

Adakah Bolasepak kite sudah Maju?

Juara Piala AFF Suzuki 2010

Ketika Rakyat Malaysia masih diselubungi dengan kejayaan manis pingat Emas sukan SEA 2009, Kini Piala AFF Suzuki pula menjadi sasaran kita untuk tahun 2010. Reputasi sebagai Jaguh Asia Tenggara dilalui dengan penuh rintangan. Skuad asal terpaksa dirombak oleh jurulatih ekoran kecederaan beberapa tonggak yang bermain di temasya Sukan SEA 2009.

Berada di dalam satu kumpulan bersama pasukan tuan rumah, Indonesia, bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui. Pasukan Malaysia sememangnya bukanlah pilihan dalam kejohanan ni. Skripnya hampir sama dengan temasya sukan SEA, kita terpaksa melalui perlawanan terakhir untuk layak ke separuh akhir.

Penulis rasa tak payahlah nak karang panjang sangat kan? Satu Malaysia pun sudah tahu perjalanan Harimau Malaya dalam Piala AFF Suzuki ni. Dengan kejayaan ini, Reputasi Pasukan Malaysia sebagai Jaguh Asia Tenggara semakin meningkat naik dengan mendadak. Dengan pencapaian ini...




Adakah Bolasepak kite sudah Maju?

Layak ke Pusingan ke 3 Olimpik Asia
Bagaikan terkena tempias kejayaan Skuad Senior, Skuad Olimpik yang dikenali dengan Harimau Muda juga menunjukkan peningkatan mereka sendiri. Layak ke peringkat akhir Kumpulan, Anak Buah Ong Kim Swee ini berjaya meleraikan penantian yang agak lama bagi Peringkat Olimpik. Kali terakhir Pasukan Olimpik layak ke pusingan ketiga ialah Pade tahun 1984.

Dibarisi dengan beberapa pemain yang pernah bermain bersama skuad senior, ianya memberi kelebihan yang amat positif. Semoga langkah mereka terus mara dan menyamai rekod skuad terdahulu yang pernah layak ke Olimpik. Secara peribadi, ianya adelah satu pencapaian yang amat baik dari skuad Olimpik yang terdahulu. Adakah Pencapaian skuad Olimpik di bawah kendalian Ong Kim Swee ni menunjukkan...



Adakah Bolasepak kite sudah Maju?


Kesan daripada kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh skuad bolasepak sememangnya terpampang didepan mata anda semua dan penulis sendiri. Lihatlah dimana saja  anda semua berada, Dari golongan Veteren hinggalah anak kecil mereke berbangga menyarung jersey pasukan kebangsaan. Kadar jumlah penonton kian meningkat di stadium dan wujud komunti Penyokong Setia Pasukan Bolasepak Kebangsaan. 'Ultras Malaya', Merupakan mereka yang sentiasa memberi sokongan yang tak berbelah bahagi buat pasukan kebangsaan.

Dikala jiran serantau kita menggunakan khidmat pemain luar yang di'warganegara'kan, Kita masih berjaya dengan menggunakan pemain tempatan yang tinggi semangat kenegaraan mereka. Inilah hasil yang penulis nampak dari peraturan FAM yang menetapkan tiada tenaga import dalam Liga Tempatan. Ternyata ianya berjaya walaupun memakan masa.


Adakah Bolasepak kita Sudah Maju?

 Jawapan penulis.Sememangnya kini bolasepak Malaysia sudah maju dan sedang meningkat untuk lebih maju!

Pendapat anda semua?




Tuesday, July 5, 2011

'Awe' Terlepas Perlawanan Terakhir


Disaat Kelantan sudah sebelah tangan memegang Piala Liga Super, kem Kelantan dirundung keresahan apabila 'Mr Turbo' Nurul Azwan Roya atau lebih mesra dengan panggilan Awe digantung perlawanan apabila mengumpul 3 kad kuning dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini.

Kelantan yang akan bertandang ke Sabah untuk misi mengutip sekurang-kurangnya 1 mata untuk menjuarai Liga Super buat julung kalinya. Tekanan semakin dirasai apabila sedikit kesilapan dilakukan Kelantan akan mengundang padah kerana Selangor atau Terengganu bersedia untuk merampas impian sang kijang.

Awe yang sinonim dengan larian-larian pantas dan kelincahan beliau menjadi antara 'regular player' untuk musim ini. Ketiadaan beliau pasti akan meninggalkan kesan kepada corak permainan Kelantan. Tambahan pula ketua jurulatih Kelantan, Dato' M.Karathu tidak mempunyai banyak pilihan pemain untuk mengganti tempat Nurul Azwan Roya.

Mohd Izuan Salahuddin merupakan satu-satunya calon untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Awe. Dato' M.Karathu tidak mampu untuk mengambil risiko menurunkan Zul Yusri Che Harun dek kerana prestasi semasanya yang kurang memberansangkan.

Penulis yakin dengan kewibawaan Dato' M.Karathu, beliau pasti akan menurunkan yang terbaik. Kerana sekarang harapan penyokong The Red Warriors setinggi Gunung Kinabalu  agar pasukan kesayangan mereka dapat membawa pulang piala Liga Super ke Kelantan buat kali pertama selepas dihampakan oleh Terengganu dalam perlawanan akhir Piala FA baru-baru ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...