Kemungkinan formation yang akan digunakan oleh kedua-dua jurulatih adalah formation biasa iaitu 4-4-2. Kelantan dibawah head coach baru - Bojan Hodak manakala Negeri Sembilan dibawah bimbingan 'the tactical master' Azraai Khor Abdullah.
Cara Negeri Sembilan menyerang :
1) Kelebihan physical penyerang import mereka, Effa Owana.
2) Kelajuan dua flanker mereka - Shahurain dan Kunanlan
3) Pergelutan bola udara. Cth : sepakan percuma, sepakan penjuru dan crossing melalui kelebihan pemain mereka seperti Effa, Mahathevan, Fabrak dan juga Idris Karim.
Untuk point pertama, seperti yang dapat disaksikan dalam perlawanan Piala Sumbangsih tempoh hari, 2 gol daripada Effa Owana terhasil daripada kelebihan fizikalnya, untuk pertembungan kali ini, method man marking seharusnya diterapkan oleh Bojan Hodak dimana memberi tugas man-mark Effa kepada Obinna yang bentuk fizikalnya lebih kurang sama.
Di point kedua, faktor kelajuan Shahurain dan Kunanlan boleh diatasi dengan adanya 2 winger yang boleh versatile seperti Norfarhan yang bagus dalam menyerang dan bertahan. Di sebelah kiri, dijangka tiada banyak masalah dihadapi untuk menyekat Kunanlan dimana disitu adanya Daudsu dan Norfarhan.
Di sebelah kiri dilihat sedikit terbuka dimana dengan ketiadaan Aziz Ismail yang cedera. Zairul Fitree harus sentiasa peka dengan pergerakan Shahurain yang lebih cenderung untuk drift-in ke dalam. Hal ini juga membolehkan salah seorang center back untuk membantu dan Nurul Azwan Roya tidak perlu untuk turun membantu kerana beliau bukanlah pemain yang baik dalam aspek bertahan.
Point ketiga, pergelutan bola udara, dalam hal ini, pemain-pemain Kelantan perlu lebih aggresif sambil berhati-hati, jangan memberi terlalu banyak ruang kepada pemain-pemain Negeri Sembilan yang mempunyai kelebihan di udara untuk berlegar semasa set pieces diambil. Tumpuan pastinya terarah kepada pergelutan diantara Obinna dan Effa.