Wednesday, December 28, 2011

Unity Cup | "Free role" Indra Dan Kelincahan Andik


Seperti semua tahu, Kelantan gagal meneruskan kecemerlangan pasukan kebangsaan Malaysia di bumi Indonesia apabila tewas 3-2 dalam perlawanan timbal balik kedua Unity Cup di Stadion Gelora, Persebaya yang menjadikan kedudukan aggregat 4-2. Gol-gol Persebaya dijaringkan oleh Andik, Feri Ariawan dan Otavio Dutra manakala gol Kelantan diperolehi hasil jaringan Norshahrul dan Indra Putra.

Aku bukan nak cerita pasal Kelantan tewas ni, sebab semua sedia maklum, Bolasepak sebenar tidak dimainkan diatas permukaan padang sebegitu buruk, kalau di Malaysia pon, ada satu sahaja Stadium yang menyediakan kemudahan padang seperti di Persebaya iaitu Stadium Shah Alam (Kali terakhir aku tengok la, sekarang tak tahu)

Ok, berbalik kepada tajuk entry kali ini, aku nak lontarkan sedikit pendapat aku, nak main sendiri tak reti, jadi macam Shebby pon jadi lah. Pada pandangan aku, Divaldo Alves bijak menggunakan kelebihan Andik Vermansyah sepenuhnya apabila Peter Butler memberi tugas " Free-role " kepada Indra yang pada asalnya bermain di posisi sayap kiri.

Dengan tugas selaku " Free-role " Indra lebih bebas bergerak diantara pemain penyerang dan pemain tengah Kelantan dan beliau tidak pula kekal di bahagian sebelah kiri lantas mendedahkan bahagian kiri dan menyenangkan kerja Andik Vermansyah untuk menyelinap masuk dan berdepan situasi one-on-one dengan Aziz Ismail.

Pertahanan tengah (kiri) Subra juga sukar untuk membantu kerana dua lagi pemain Persebaya melulu ke dalam kawasan penalti Kelantan, pendek cerita, kalau Subra pergi bantu Aziz patahkan pergerakan Andik dan Andik berjaya hantara bola kepada dua pemain yang menunggu, gol jugak tapi kalau Subra stay di posisi beliau, Andik dengan senangnya mampu lepas daripada kawalan Aziz dan score gol (Ok dah panjang cerita)

Jika dilihat kepada ketiga-tiga gol Persebaya pon semuanya datang dari sebelah kiri, jadi aku rasa, jika Peter Butler menurunkan seorang defensive winger untuk menggantikan tempat Indra pon ada baiknya kerana ia pasti dapat membantu Aziz mengekang kelincahan Andik. Lagipun Indra juga tidak lah menyerlah sangat dalam perlawanan tadi, mungkin Zamri Ramli boleh diturunkan, stamina tinggi, pantas dan ada basic dalam gerakan bertahan. Sekadar pandangan peribadi ala-ala Shebby lepas habis tengok game EPL. Sekian.

Tuesday, December 20, 2011

Menarik | Kelantan Lwn Persebaya 1927

Celebrate goal gaya Balotelli, tapi letak nama kekasih ke ape ntah
3 hari lagi, pasukan juara Liga Super Malaysia bakal berentap dengan pasukan juara Liga Primer Indonesia, Persebaya 1927 di Stadium Sultan Muhammad IV sebelum ke Indonesia untuk perlawanan timbal balik kedua dalam usaha merebut Piala Permai. Dikhabarkan pihak penyiaraan Indonesia dan Astro (Malaysia) akan menyiarkan secara lansung perlawanan tersebut. Lebih 2 juta penonton dijangka menyaksikan perlawanan tersebut.

Bagi aku, tiada yang menarik atau special sangat pasal game ni, ia bagaikan perlawanan persahabatan pra-musim biasa sahaja. Tetapi oleh kerana ini merupakan perlawanan antarabangsa maka ia sedikit sebanyak akan menjadi pencetus semula kemeriahan penyokong kedua-dua belah pihak yang telah lama berehat dan membekukan diri dek kerana rehat panjang setelah musim lepas tamat.

Apa yang menarik tentang bolasepak di Indonesia adalah mereka amat sinonim dengan perang psikologi. Ya, bolasepak memang sinonim dengan perang psikologi namun di Indon, ianya unik. 3 hari before game bermula, jurulatih Persebaya 1927, Divaldo Alves telah mengeluarkan statement mengatakan bahawa corak permainan kapten pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau Piya mirip pemain termahal dunia, Cristiano Ronaldo. Perkara ini ada yang jadi bahan lawak dan ada yang bersetuju di kalangan penyokong Kelantan. Pendapat aku, anda boleh nilai sendiri. 

I'm looking foward to this game hanya kerana untuk menyaksikan "Pemuda Emas" Indonesia bernama Andik Vermansyah (Gambar atas) Di Indonesia beliau digelar sebagai "Messi Indo" dek kerana dribbling skills nya yang mirip pemain Barca, Messi. Bukan saja hebat menggelecek beliau juga seorang pemain yang laju dan bijak menghidu peluang juga antara faktor beliau diangkat sebergitu rupa. 

Aku ada buat reasearch pasal si Andik ni, sebagai seorang attacking midfielder atau foward beliau memang mempunyai pakej lengkap. Kalau di Malaysia, Nazmi Faiz Mansor di angkat sebagai "Wonderkid Malaysia". "Wonderkid Indon" pula adalah Andik, baru berusia 20 tahun namun mampu beraksi seperti pemain yang lebih senior. Selepas Sukan SEA baru-baru ini Timnas bawah 23 Indonesia (Kalau tak silap) telah mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang LA Galaxy, kelab yang diwakili oleh David Beckham. Apa yang menarik, selepas perlawanan tersebut, Beckham dan coach LA Galaxy, Bruce Arena memuji aksi Andik.

Tak cukup dengan itu, Andik dikatakan menjadi target sekurang-kurangnya 3 kelab terkemuka dunia dan yang paling berminat untuk mendapatkan beliau adalah Benfica selain AC Milan dan Sporting Lisbon. Sama ada benar atau tidak berita ni aku tak pasti, tapi aku dapat info ni dari beberapa laman web bolasepak terkemuka dunia dan juga media local Indon. Jadi, 3 hari lagi, dapatlah kita saksikan sejauh mana kemampuan Andik.

P/s : "Cristiano Ronaldo Malaysia" tak tarik minat kelab-kelab terkemuka dunia ke ? hehe 

Saturday, December 17, 2011

Selamatkan Kuala Lumpur FA

Bila aku google kata kunci "KAFA" keluar logo Sang Kijang dengan gahnya, bila aku google pulak kata kunci "PBNS" keluar gambar pasukan Negeri Sembilan julang Piala, bila aku google "PBSNT" keluar pula logo Si Penyu gagah meredah lautan luas, tapi bila aku search "KLFA" korang tahu ape yang keluar ? 


Ok takpe, aku bukan nak cerita pasal van ni, tapi aku nak cerita tentang sisa-sisa terakhir pasukan bolasepak Kuala Lumpur yang sekarang amat memerlukan bantuan dari kita semua dalam usaha untuk terus hidup selaku sebuah pasukan bolasepak.

Mungkin semua dah tahu, krisis keewangan KLFA ini dah capai tahap critical. Tahukah anda, dikala musim baru nak bermula, dimana pasukan-pasukan lain sudah mendapatkan khidmat pemain-pemain import dan sudah ada yang nak menaja tapi sebaliknya bagi Kuala Lumpur. Tiada pemain import (Seorang masih bermasalah) dan tiada tajaan dan yang terbaru, mereka harus beraksi di Stadium Melaka kerana Stadium Bolasepak Cheras terpaksa ditutup.

Kesian ? tak cukup dengan itu, hanya Stanley Bernard sahaja pemain baru yang mampu dibawa masuk yang selebihnya kutip-kutip dimana-mana saja termasuk dari Academy KLFA. Beberapa pemain yang mula diberi perhatian juga telah angkat kaki ke pasukan lain dek kerana tidak tahan dengan masalah yang dihadapi Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur. Antaranya penjaga gol, Norazlan Razali yang berhijrah ke Selangor manakala pemain pertahanan Shahrom Kalam pula ke Perak.


Aku gelarkan Kuala Lumpur FA ni Barcelona Malaysia, kerana corak permainan ? jauh sekali tidak dimana Barca main 'tiki-taka', manakala KL main 'suka-hati'. Dari segi pencapaian ? Korang ingat ni tahun 80an ke ? Aku gelarkan mereka Barca Malaysia ialah kerana kemampuan mereka untuk lahirkan pemain-pemain berkualiti. Ala-ala La Masia gituww.

Siapa tak kenal Safee Sali. Beliau merupakan salah-seorang pemain yang dilahirkan dari pasukan KL (Walaupun mula dengan Melaka TMFC, tapi Igor Novak coach KL masa tu yang bawak Safee join KL dan disitu lah Safee mula diasah dan digilap) Selain Safee, Azidan Sarudin (Selangor) Ahmad Hazwan Bakri (Harimau Muda A) Shahrom Kalam (Perak) Yong Kuong Yong (KL) dan Nizaruddin Yussof (Felda kot) juga antara pemain yang lahir dari Kuala Lumpur FA.


Apa yang aku pelik, mana perginya saudagar kapal terbang tambang murah merangkap boss QPR ni. Lu habiskan juta-juta untuk beli QPR yang musim depan nak kene relegate boleh pulak, tapi nak kasi sedekah sikit kat KLFA tak boleh ? bukan nak sangat kat duit lu brader, tapi lu ade hati nak suruh Safee Sali pergi trial sia-sia kat sana. Beckham Malaysia katanya, kenapa tak tolong KLFA lahirkan ramain lagi pemain ? Torres Malaysia ke, Andy Carrol Malaysia ke, Fakri Saarani versi QPR ke. 

Ada sorang lagi, boss besar Cardiff City, team yang tak naik-naik ke EPL. Dato' Chan Tien Ghee, bantulah KLFA, sikit-sikit sorang je pon dah cukup, contohnya Tony bagi 25M, Chan bagi 25M, kan dah 50M tu boleh la si Razip ni import Torres kan.

Itu sahaja dari aku kali ni. Hidup KLFA, pergi mampos sama barua-barua yang suka songlap duit! 

Monday, December 12, 2011

Izuan Dipinjamkan Ke Harimau Muda A


Pemain sayap muda Kelantan, Mohd Izuan Salahuddin dijangka bakal beraksi di Liga Singapura untuk musim 2012 bersama skuad muda negara, Harimau Muda A. Beliau sendiri telah mengesahkan perkara ini walaupun pada mulanya berhasrat untuk tidak membuat kenyataan rasmi tentang perkara ini.

Izuan yang mula mencipta nama bersama pasukan Piala Presiden Kelantan kemudianya diserapkan ke skuad utama pada musim 2011 dek kerana kekurangan pemain berkaliber akibat penghijrahan beramai-ramai pemain utama. Kebolehan beliau untuk beraksi di pelbagai posisi juga menjadi faktor utama bekas jurulatih Kelantan, Dato' M.Karathu memanggil beliau ke skuad utama.

Untuk musim 2012, beliau mengambil keputusan untuk keluar secara pinjaman ke pasukan bimbingan Ong Kim Swee, Harimau Muda A kerana beliau sedar yang untuk merebut tempat dalam skuad utama Kelantan kini sukar untuknya dengan kembalinya beberapa nama senior ke pasukan Kelantan. Beliau yakin, dengan cara ini, beliau akan terus diberi peluang untuk beraksi dengan lebih kerap dan mendapat pendedahan di peringkat antara bangsa.

Apabila diajukan soalan sama ada beliau akan pulang berbakti untuk negeri asalnya, beliau menjawab "itu sudah semestinya, Kelantan tanah tumpahnya darahku" - apa yang pasti, jika Izuan terus berdisplin dan berusaha untuk konsisten ditambah pula dengan pendedahan yang diterima, tak mustahil, Izuan akan pulang ke pasukan Kelantan sebagai seorang superstar yang berdiri sebaris dengan Indraputra, Azwan Roya, S.Chanturu dan Norfarhan pada ketika ini.

Friday, December 2, 2011

Kisah Si Penjaga Gawang : Nak Bersara Awal ?


Permata bolasepak negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih mesra dengan panggilan Apek semalam dikaitkan dengan kenyataan bahawa beliau akan bersara dari beraksi bersama pasukan negara dan semua perlawanan antarabangsa apabila sudah tidak tahan dengan 'coverage' melampau pihak media terhadapnya sehingga mencabuli hak peribadi beliau.

Beliau mula diberi perhatian meluas selepas menjadi wira ketika pasukan Malaysia menjadi juara Piala AFF Suzuki 2010. Walaupun pada mulanya hadir selaku penjaga gawang nombor dua di belakang Sharbinee Alawee Ramli namun selepas Sharbinee beraksi kurang mantap di perlawanan pertama dimana Malaysia diaibkan Indonesia 5-1, Khairul Fahmi terus diberi tanggungjawab mengisi posisi nombor satu.

Selepas tamatnya kejohanan AFF Suzuki tersebut, nama Apek terus meletup sehinggakan nama beliau pernah menjadi carian terbanyak (Dunia) di Google pada suatu ketika. Kehidupan beliau (Coverage Media) mula berubah dari seorang panjaga gawang tidak dikenali hingga menjadi seorang superstar. Beliau mula digilai gadis-gadis seantero Malaysia malah mungkin Asia tenggara.

Beliau yang ketika itu sudah mempunyai buah hati tidak mempunyai sebarang kontroversi, malah beliau sempat bertunang dengan pilihan hatinya itu. Majlis pertunangan mereka dilansungkan dengan penuh glamour, majlis bertemakan Arabian. Namun semuanya berubah apabila gambar Apek berpegangan tangan seorang gadis muda mula tersebar yang pada mulanya Apek mendakwa bahawa gadis itu sekadar teman rapat namun akhirnya beliau mengaku bahawa itu buah hati barunya dan beliau memutuskan pertunangannya.

Tidak lama berselang, tersebar pula gambar-gambar beliau di satu parti bersama gadis itu ditemani teman-teman seksi dan juga beberapa gelas berisi minuman keras. Beliau yang ketika itu dalam rangka persiapan untuk ke Sukan SEA, Indonesia mungkin mula tertekan namun beliau sebagai seorang yang profesional tampak tenang dan berjaya menampilkan aksi cemerlang ketika di Indonesia.



Akhirnya, Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas bolasepak yang disifatkan sebagai ibu segala pingat dan Apek menjadi antara tulang belakang pasukan negara sepanjang kejohanan itu berlansung dengan aksi menyelamatnya yang cukup cemerlang. Namun, Apek hanya sempat berpesta sekejap sahaja, dalam keletihan, beliau terpaksa menggalas cabaran selaku kapten skuad Olimpik Malaysia yang turun menentang Syria tidak sampat seminggu selepas itu.

Namun, Apek tidak menjadikan letih sebagai alasan apabila terus menampilkan aksi cemerlang disebalik kekalahan 0-2 kepada Syria. Namun, Apek terus dilanda kontroversi. Kali ini. gambar-gambar mesra bersama seorang perempuan baru pula tersebar dan konsentrasi Apek dilihat agak terganggu dalam perlawanan menentang Bahrain.

Kini, Apek dikatakan sudah membuat pemohonan tidak rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya dilepaskan daripada semua aksi bersama pasukan antarabangsa. Beliau hanya ingin menumpukan perhatian kepada pasukan negeri yang diwakilinya sahaja iaitu Kelantan. 

Apa yang saya harapkan, Apek terus menabur bakti bersama skuad Malaysia dan kepada penyokong, teruslah menyokong karier Apek dan kepada pihak media, tak usahlah terlalu obses dengan isu kehidupan Apek kerana banyak lagi isu yang boleh melariskan pemasaran produk anda selain isu negatif tentang Khairul Fahmi Che Mat. Menulis juga berharap agar Apek sendiri dapat berubah, cukup-cukuplah. Anda merupakan role model dan yang paling penting anda beragama Islam.


Apek, Lagenda dalam pembikinan!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...