Sunday, July 31, 2011

Selamat Datang Alex

Alex atau nama sebenarnya Mohd Azamudin Mohd Akil merupakan seorang pemain 'emas' dilahirkan Pahang. Beliau boleh dianggap sebagai tulang belakang pasukan Pahang.

Penyerang berusia 26 tahun ini dikhabarkan sudah sah menjadi milik pasukan Juara Liga Super, Kelantan untuk saingan Piala Malaysia nanti.

Azamudin juga dikatakan sudah mengikat kontrak dengan pasukan Kelantan untuk saingan Piala Malaysia dan juga untuk saingan Liga Super 2012.

Sumber juga ada mengatakan bahawa pihak pengurusan Kelantan sudah 3 musim berusaha untuk membawa pemain ini untuk beraksi bersama.

Jika benar beliau akan menyarung jersi Sang Kijang, sudah pasti presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) melompat kegembiraan, selain telah berjaya membawa masuk Azamudin yang telah lama diperhatikan, krisis ketumpulan jentera serangan juga akan dapat di selesaikan

Friday, July 29, 2011

Rajagobal Wajar Serap Joseph Kalang

Tidak dinafikan pasukan negara mempunyai Amirul Hadi Zainal di posisi sayap kanan dan beliau bukan calang-calang pemain, larian pantas, skill gelecekan yang baik dan bijak menghidu peluang, itu lah antara kelebihan Amirul. Tetapi, jika prestasinya menurun ? dia cedera ? siapa yang mampu ganti tempat dia ?

Ya, kita ada Baddrol Bakhtiar, namun Baddrol lebih sinonim beraksi sebagai sayap kiri atau back-up striker. Selain Baddrol, apa lagi pilihan Rajagobal ? Fakri Saarani ? kita dapat lihat bagaimana beliau beraksi dalam perlawanan sebelum ini apabila Rajagobal meletakkan beliau di posisi sayap kanan.

Selain itu, Rajagobal tidak ada pilihan lain. Penulis rasa pemain Terengganu, Joseph Kalang Tie wajar diberi peluang untuk menyarung jersi kebangsaan. Dia mempunyai pakej lengkap sebagai seorang winger yang berbahaya.

Joseph Kalang Tie antara pemain yang penulis rasa paling underrated di Malaysia. Walaupun berfungsi baik dengan pasukan sayap kiri dan mempunyai kebolehan untuk menjaringkan gol dari jarak jauh dan juga dari sudut sukar. Entah kenapa beliau tidak dipanggil oleh Rajagobal. Kerana dia anak jati Sarawak kah ? Itu bukan alasan, kerana Sarawak juga salah sebuah negeri di Malaysia.

Di Terengganu, Joseph Kalang Tie boleh diibaratkan seperti keropok lekor & nasi dagang di Terengganu, tanpa keropok lekor & nasi dagang, bukan Terengganu namanya. Joseph juga pernah menimba pengalaman di Hartlepool United selama 2 bulan jadi faktor kurang pengalaman tidak relevan bagi Rajagobal untuk dijadikan alasan seperti yang beliau selalu berikan.

Thursday, July 28, 2011

'Saya Kenal Pemain Saya' - Rajagobal

'Kita tak tewas, kita seri jer, saya bangga dengan pemain, mereka main dengan aggresif' - Rajagobal. Itulah komen ketua jurulatih negara apabila pasukan MALAYSIA tersingkir dari saingan.

Skuad MALAYSIA yang rata-rata diwakili anak emas Rajagobal bermula dengan kurang menyakinkan, apabila dari awal perlawanan lagi pemain-pemain pertahanan 'kental' di Piala AFF Suzuki gagal menyerap asakan pemain Singapura di hadapan lebih 90 ribu penyokong SENDIRI.

Pemain tengah juga gagal merencana gerakan-gerakan merbahaya kepada pemain penyerang, penulis ingin mempertikai tentang keputusan Raja menurunkan Amar Rohidan dan Ismail Faruqi.

Berjuta mata penyokong dapat menilai bagaimana prestasi Amar Rohidan sejak akhir-akhir ini dan Ismail Faruqi juga gagal mempamer aksi menyakinkan ketika perlawanan di Singapura sebelum ini, tetapi kenapa seorang yang pakar dalam bolasepak seperti Rajagobal tidak nampak perkara ini? atau sengaja buat-buat tak nampak?

Penulis dah malas nak mengulas tentang pemain di bahagian pertahanan, semua dah tahu, tapi penulis agak 'panas' dengan turunnya Ismail Faruqi Ashari. Cuba anda lihat, apa sumbangannya dalam perlawanan tadi. Banyak lost possesion di tempat yang sepatutnya. Kalau ini kali pertama beliau beraksi mungkin boleh dimaafkan kerana Raja belum dapat menilai beliau. Tetapi ini dah kali kedua Ismail Faruki buat onar.

Mungkinkah Ismail Faruqi akan jadi seperti Amar Rohidan selapas ini. WAJIB diturunkan dalam semua perlawanan walaupun prestasi tidak memberansangkan langsung. Selain itu, penulis cukup hairan, kenapa Gurusamy dibawa masuk ? Kita tahu Gurusamy pemain tengah 'defensive', Amar Rohidan juga 'defensive'. Siapa yang ketinggalan gol masa tu ? Singapura ke MALAYSIA ? kenapa kita nak main 'defensive' ? Nampak macam Singapura pula yang ketinggalan.

Sorry to say, Fakri Saarani tu mula main bola bila? apa yang dia buat dalam skuad kebangsaan? tetapi, apabila ditanyakan kepada Rajagobal kenapa Fakri dipanggil, ini jawapan beliau "cuba u cakap, siapa lagi kita ada dalam liga M?" Bagi penulis tak perlu bawa masuk pemain baru, Kita ada Baddrol Bakhtiar dan Ashaari Samsuddin. Mereka berdua ni tulang belakang pasukan negeri masing-masing. Kenapa tak beri peluang?

'Saya kenal pemain saya' satu lagi jawapan yang sering digunakan Rajagobal, wahai Raja jangan ego sangat. Berjuta mata penyokong menyaksikan pemain-pemain anda, mereka juga berhak bersuara, kalau anda kenal sangat pemain anda, kita tidak mungkin tewas kepada Singapura kerana penulis yakin jika hanya pemain yang betul-betul layak diturunkan dalam kesebelasan utama kita mampu menang dan seterusnya layak ke peringkat seterusnya.

Wednesday, July 27, 2011

Matyo Tersisih Lagi

Ketua jurulatih Malaysia, Dato' K.Rajagobal sekali lagi terpaksa menyisihkan penyerang berprofile tinggi, Norshahrul Idlan Talaha dari perlawanan kedua pra-kelayakan Piala Dunia menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil khamis nanti.

Norshahrul atau lebih selesa disapa dengan nama Matyo terpaksa diketepikan akibat kecederaan yang dialaminya sebelum ini belum pulih sepenuhnya, dan memerlukannya untuk banyak berehat.

Berikut adalah respon isteri beliau apabila dihubungi penulis. 'Still injured even tak sakit.doktor cakap tisu koyak, tak leh main, kena rehat selama 6 minggu. If push jugak maybe injured lagi teruk nanti' - Isteri Norshahrul. 


Wajarkah Rajagobal mengambil risiko dengan menurunkan beliau ? saya rasa tidak, kerana barisan serangan negara masih mempunyai beberapa nama yang boleh mengisi kekosongan beliau. Abdul Hadi Yahya atau Baddrol Bakhtiar dilihat calon paling sesuai selepas prestasi tidak konsisten yang ditunjukkan oleh Ahmad Fakri Saarani dan penyerang muda, Izzaq Faris Ramlan.

Tuesday, July 26, 2011

Faiz Subri Dilamar


T-team, Selangor, Perak, Kedah, Negeri Sembilan & juara Liga Super, Kelantan, antara pasukan yang dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang pasukan Perlis, Mohd Faiz Subri demi untuk memperkuatkan pasukan masing-masing.

Walaupun Perlis gagal menempatkan diri dalam saingan Liga Super musim hadapan apabila mengakhiri saingan musim ini di tempat terakhir namun kelibat Faiz Subri tetap menjadi tarikan banyak pasukan 'elit'. Larian pantas, bijak menghidu peluang dan skill gelecekan yang bagus, itu antara kelebihan yang ada pada pemain berusia 24 tahun ini.

Beliau akui telah mendapat beberapa tawaran untuk beraksi bersama pasukan-pasukan ini menerusi panggilan telefon namun belum memutuskan untuk beraksi bersama pasukan mana. Beliau berkata tidak mahu membuat keputusan terburu-buru kerana perlu mengkaji semasak-masaknya sebelum membuat keputusan.

Beliau juga percaya tidak berdepan sebarang masalah khususnya kepada pengurusan pasukan dan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) untuk memberikan pelepasan beraksi dengan mana-mana pasukan.

Monday, July 25, 2011

Siapa Tidak Patriotik, FAM Atau Penyokong ?


3 hari menjelang perlawanan terbesar skuad negara, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kembali menjadi 'target' utama para penyokong bolasepak tanah air yang meluahkan rasa kecewa apabila FAM meletakkan harga tiket yang agak tinggi untuk perlawanan tersebut.

Tiket grandstand berharga RM50, terbuka RM30 dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Segelintir penyokong bolasepak melontarkan persoalan siapa yang tidak patriotik sebenarnya? FAM atau penyokong yang tidak hadir ke stadium dek kerana harga tiket yang mahal?

FAM 'bising' megharapkan para penyokong memenuhkan Stadium untuk memberi sokongan moral buat wira-wira negara. Satu lagi persoalan timbul, sokongan moral atau sokongan keewangan? ya, saya yakin ramai yang mampu beli, tetapi tahukah FAM bahawa penyokong negara datang dari pelbagai lapisan ? bukan semuanya mampu.

Apa salahnya turunkan sedikit harga tiket? rugikah FAM? perlawanan pada Khamis ini bukan menentang kelab gergasi EPL, perlawanan ini jauh lebih penting, perlawanan yang mempertaruhkan maruah dan nama negara. Bertimbang rasa lah sedikit, tempat duduk VVIP & VIP boleh pula bagi percuma dekat orang yang kebanyakannya tidak tahu tentang bolasepak. Hanya tahu guna Blackberry mereka sahaja semasa perlawanan berlangsung. 

Sunday, July 24, 2011

Dari Mata Seorang Penyokong

Dari brader Manoharan :

For a country that had produced luminaries such as Jamal Nasir, M.Chandran, Bawandi Hiralal, Soh Chin Aun, Santokh Singh, D Devandran, Ismail Ibrahim, Wan Jamak,Kamaruddin etc it was really shameful to see our current defenders dish out such sloppiness.

Coach Raja has to do some soul searching to see how best to stop the leaks. The current defenders, from my observation, have never been comfortable even when we won the gold at the Sea Games/ Suzuki Cup. They were always suspect under pressure but somehow managed to hold on.But, tonite Singapore laid bare the truth and fully exposed our weakest link.


They appeared to be a confused bunch. Poor positional play, failure to neutralise the opponents aerial power, poor communication and aimless clearances was there for everyone to see.We need a commanding figure at the back.
It would be better for coach Raja to revamp the current defenders with the backline that played against Liverpool.


But all is not lost, we shall prevail at BJ provided we plug the leaks.Midfield and forwards are ok.If Norsharul recovers in time, we have enough firepower to overcome the 2 goal deficit. It appears "Sudah Tentu" Richard Scully did not do a good job in his spying mission....S'pore's midfield won the game for them and yet "Sudah Tentu" Richard Scully had the gall to say we could nick it this time at Jalan Besar.

Cheers
Manoharan

18 Gol Dalam 4 Game Bukan Jumlah Kecil


Di posisi penjaga gol saya tidak ingin kata apa-apa, semua orang dapat nilai, saya hanya ingin mengulas tentang kerapuhan benteng pertahanan negara sahaja.

Barisan pertahanan negara melepaskan 18 gol dalam 4 perlawanan, jelas menunjukkan barisan pertahanan masih belum bersedia untuk menggalas cabaran di peringkat antarabangsa. Barisan pertahanan yang ketika di kejohanan Piala AFF yang digeruni dahulu kini kian longlai.

Semalam, pasukan negara tewas lagi, kali ini di tangan Singapura, bolos 5 gol, semuanya berpunca dari kelalaian defend, Mahali, Fadhli Shas, Muslim & Asraruddin yang beraksi sepanjang perlawanan semalam dilihat tidak lagi relevan untuk diturunkan dalam perlawanan kedua nanti, tapi, apakan daya, sudah tiada lagi pemain yang boleh dibawa masuk buat masa ini.

Ya, defend adalah suatu yang subjektif untuk dibincangkan, tetapi, saya hairan mengapa K.Rajagobal masih menurunkan produk yang gagal, tiap-tiap kali kita tewas, K.Rajagobal pasti memberi alasan kelalaian pemain pertahanan, tetapi, selepas 5 perlawanan, masalah sama berulang, kenapa tak baiki ? perlawanan semalam kita tewas, nak salahkan permukaan padang ? tiap-tiap hari pemain berlatih di Wisma FAM diatas padang tiruan juga.

Bek tengah, Muslim dan Fadhli cukup menghampakan semalam, sudah tidak segarang dulu, Mahali, bila naik keatas lambat untuk kembali ke posisi asal, Asrar tidak konsisten, ya, mereka juga manusia, ada buat silap, tapi kesilapan sama berulang, sejak perlawanan menentang Viatnam lagi. Tiba masa rehatkan mereka. Tapi tiada lagi pengganti buat masa sekarang.

Apa-apapun, Singapura perlu mengucapkan terima kasih kepada FAM yang telah menunjukkan kepada mereka kelemahan pasukan Malaysia. 3 perlawanan menentang kelab EPL sudah cukup buat Singapura untuk mengkaji kelemahan kita, tambahan pula barisan sama diturunkan di Singapura, lagi senang buat mereka.

Tak salah nak buat friendly lawan kelab gergasi, tetapi biar kena pada waktunya. Kita ketawakan Singapura sebab buat friendly dengan pasukan kerdil sedangkan kita dengan pasukan gergasi, tapi hasilnya ? mungkin Singapura sedang ketawakan kita sekarang. 

Saya yakin kita mampu bangkit di Bukit Jalil, tetapi dengan syarat barisan pertahanan perlu berlaku sedikit rombakan, kita perlukan seorang ketua di barisan defend. Kerana untuk dapat 2 gol di laman sendiri tidak mustahil dengan kita boleh turunkan 'strike force' terbaik dengan kembalinya Norshahrul Idlan Talaha.

Friday, July 22, 2011

A Message For The Players & Coaches

Do your best, itu saja yang para penyokong boleh minta


Kepada sebahagian dari kamu, ini mungkin perlawanan terbesar dalam karier kamu, do your best. Kepada sebahagian dari kamu, ini mungkin peluang untuk menebus kesilapan lalu, do your best. Kepada sebahagian kamu, ini mungkin peluang untuk anda mencipta nama dalam arena bolasepak tanahair, do your best. Dan apa yang pasti adalah, ini merupakan perlawanan BESAR buat kamu semua.

Dikala bolasepak Malaysia sedang bangkit dari kemerosotan ianya tidak adil untuk letakkan harapan yang sama seperti suatu ketika dahulu yang mana nama Malaysia digeruni di Asia malahan dikenali di dunia, tetapi kehidupan perlu diteruskan dan tidak semua akan berjalan mengikut cara anda, anda yang perlu mencorakkan jalan tersebut.

Anda wajar dikritik, anda perlu terima kritikan, dan anda perlu berusaha untuk memperbaiki kelemahan anda, tetapi jangan sesekali jatuh akibat kritikan tersebut, jangan sesekali putus harapan, kerana kritikan tersebut hanya kata-kata dan ia hanya boleh membunuh jika anda biarkan ia membunuh anda.

Penulis tidak pernah jadi seorang pemain bolasepak profesional, penulis tidak pernah mewakili negara tapi anda semua pernah, anda semua dikurniakan bakat untuk bermain bolsepak, dan anda ada kemahiran yang menakjubkan yang penulis sekadar mampu impikan tika lena.

Inilah masanya anda semua perlu gunakan kelebihan yang bukan semua orang miliki itu dan satukan negara, buktikan bahawa Malaysia perlu digeruni seperti dahulu. Memang menakjubkan, bagaimana hanya dengan berada di tempat dan masa yang betul dan terus melakukan jaringan dan anda terus jadi wira negara. Menakjubkan. Anda semua punyai peluang untuk lakukannya sementara penulis hanya mampu berdoa di depan kaca television.

Nanti tiba perlawanan itu, janganlah engkau takut atau gentar, kerana HARIMAU MALAYA tidak pernah takutkan sesiapa. Kami adalah raja di hutan, dan kali ini, hutan kami ialah Stadium Jalan Besar, buatlah ia seperti rumah kita. Malaysia boleh !


Sempoi : Chelsea & Benayoun

Betol ke logo ni ? gua tak biasa tengok logo Chelsea , kehkehkeh!

Pertama sekali gua nak ucap tahniah kat budak-budak Ong Kim Swee, walaupun ada sesetengah tu dah bukan budak kan. Tewas 0-1 di tangan Chelsea, siapa yang malu ? Malaysia ke Chelsea ? lagi pon gol tu korang pon tahu kan. Tapi takpe lah maybe brader linesman tu mengharapkan dapat jersey Drogba ke, dapat tali kasut terry ke ape kan, lantak lah.

Lu orang tengok tak brader 50million Chelsea tu ? memang lawak ahh kan, terkial-kial nak lepas defend Malaysia, gua tengok, Shahrul Azwari lagi bagus dari brader Torres tu, walaupun masuk agak lewat dan harga tak cecah 15 ribu pon, at least dia berjaya gak lepaskan cubaan bahaya. Brader 50M buat ape ? kehkehkeh!


Disebalik game semalam, gua respect sama penyokong yang 'boo' brader yahudi yang muka ala Angry Bird ni. Walaupun diorang pegi Stadium pakai jersey Chelsea, tapi Israel tetap Israel, memang terbaik, mesti brader Benayoun ni hairan kan, kenapa la die kene 'boo' dek penyokong sendiri, 'gua takder bawak bom pon' mungkin itu yang bermain dihati brader tu, kehkehkeh! 

Walaupun kali ni, dia berjaya lepas untuk masuk ke Malaysia, tapi jangan la harap red carpet derr, ye la, kalau kau bukan pengebom pon, rakyat Malaysia tetap akan boikot, kerana kau bangsa Yahudi, Malaysia kan negara pro palestine. Ko tak payah blame sape-sape la ko dapat layanan 'special' dari yang lain pon.

Gua harap korang tak ambik serius la post kali ni. Kalau ada fans Chelsea yang menyirap atau panas bontot dengan post ni, ape gua heran ? ni blog gua, kalau korang tak tahan korang boleh angkat kaki, jalan teros, belok kiri lepas tu sila pergi mampos. Kehkehkeh!

Thursday, July 21, 2011

Farizal & Subra Cuba Ketuk Pintu Skuad Raja


Pemain pertahanan kental Kelantan, S.Subramaniam dan penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias mencuri perhatian para penyokong bolasepak negara apabila mempamerkan aksi mantap dalam perlawanan menentang kelab gergasi eropah, Chelsea yang berkesudahan Malaysia tumpas tipis 0-1.

Subra yang corak permainannya ala Fabio Canavaro dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan apabila berjaya menjalankan tugasnya dengan baik sekali. Tiada rasa gementar di wajah Subra. Beliau tenang menjalankan tugas sambil dibantu oleh 'orang besi' Malaysia, Norhafiz Zamani Misbah.

Kebuntuan akibat tidak dapat membolosi gawang Malaysia jelas terpampang diwajah antara pemain terbaik dunia seperti Torres, Anelka dan Drogba apabila pintu gol negara dikawal baik oleh bekas penjaga gol nombor 1 negara suatu ketika dahulu sebelum mengalami kecederaan teruk.

Impian Farizal Marlias untuk kembali merampas posisi penjaga gol negara semakin cerah apabila beliau berjaya menafikan beberapa percubaan merbahaya pemain Chelsea. Bagi Subra pula, peluang kali kedua yang diberikan untuk mewakili negara digunakan sebaik mungkin apabila berjaya mengekang asakan demi asakan yang dilancarkan lawan.

Penulis yakin, ketua jurulatih pasukan senior negara, Dato' K.Rajagobal pasti menyaksikan siaran langsung perlawanan tersebut dan penulis juga berharap agar coach Raja membuat pilihan tepat, dan akan memanggil hanya yang terbaik, semuanya ditangan beliau.

Amar, Shakir & Gurusamy Yang Mana Jadi Pilihan ?


Dengan penyenaraian semula Shakir Shaari ke dalam skuad kebangsaan, Dato' K.Rajagobal ada banyak pilihan pemain untuk mengisi posisi 'defensive midfielder' untuk memberi lebih kebebasan kepada ketua pasukan, Safiq Rahim untuk membantu bahagian serangan mencari gol.

Amar Rohidan, Shakir Shaari dan K.Gurusamy, itulah 3 pemain tengah yang tersenarai dalam misi menewaskan Singapura di Stadium Jalan Besar nanti. Namun, siapa lebih layak mengisi posisi 'defensive midfielder' ? ya, penulis tahu, semuanya terletak di tangan Dato' K.Rajagobal tetapi penulis ingin melontarkan pandangan peribadi penulis.

Amar Rohidan, pemain yang mempunyai banyak pengalaman dalam perlawanan di peringkat antara bangsa. Shakir Shaari, menjadi nadi penggerak pasukan Kelantan, terkenal dengan corak permainan ala Xabi Alonso. K.Gurusamy, masih muda, namun sudah menunjukkan kematangan dalam permainan, boleh menjadi sebagai 'pengacau' di bahagian tengah dengan susuk badan yang tingginya.

Bagi penulis, Shakir Shaari mungkin pilihan yang tepat, kematangan, hantaran kemas, tidak gemar mengawal bola terlalu lama itulah kelebihan Shakir dan itulah yang diperlukan oleh Malaysia dalam perlawanan menentang Singapura nanti. Kita tahu Singapura banyak guna pemain import, kita tahu fizikal pemain import, wajarkah pemain negara banyak lakukan hantaran tinggi ? sudah tentu tidak.

Kenapa penulis tak pilih Amar Rohidan ? ya, kita tahu Amar seorang pemain yang bagus, memang tak dapat dinafikan lagi, namun sejak akhir-akhir ni, prestasi beliau penulis lihat agak merudum sedikit, kalau lihat pada 'long-shot' anda dapat bezakan antara Shakir dan Amar. 

K.Gurusamy juga boleh diturunkan. beliau muda, banyak tenaga, fizikalpun tak jauh beza dengan pemain import Singapura. Akan tetapi, jika dinilai dari segi pengalaman, sudah tentu, Shakir Shaari lebih berpengalaman, Shakir juga dilihat lebih matang. Tapi Gurusamy pilihan baik jika Rajagobal nak skuad negara main hantaran-hantaran tinggi. Gurusamy punyai kelebihan untuk menjaringkan gol melalui tandukan.

Ini sekadar pendapat peribadi penulis, semuanya tetap ditangan K.Rajagobal, cuma harapan penulis, K.Rajagobal dapat bawa bekalan selesa ke Bukit Jalil nanti. Semoga berjaya.

Wednesday, July 20, 2011

Sempoi : Harap rambut jer stylo

Rambut macam penyapu tapi kalah tak gune derr , kehkehkeh!
post kali ni sempoi je, boleh ? gua nak bukak cerita pasal tewasnya pasukan yang ada player pelbagai style rambut ni, Brazil. Sebelum Copa America gua anggap Argentina, Brazil & Uruguay sebagai pasukan pilihan tapi baru sampai quater-final dah tinggal Uruguay jer. Brazil & Argentina tewas di quater-final, pasukan yang lebih kurang jer, dari grouping tenat membawak nazak ke quater-final.

Dulu dengar jer nama Brazil sape berani lawan ? semua kecut kan ? ingat lagi Brazil masa era Ronaldo ? Rivaldo ? Cafu ? sama ke dengan Brazil sekarang ? jauh berbeza, baik dari style permainan dan style rambut. Ehh gua mau tanya, mana lagi penting, rambut atau kejuaraan ? kehkehkeh!


Kalau korang tengok game Brazil sekarang ni dah tak sama cam dulu, sekarang lau tengok Brazil main macam tengok SK Parit Buntal main jer. Gua rindu sama Brazil yang satu team skinhead bukan macam sekarang. Ada sekor tu rambut dah macam dibalun dek beruk ada yang sekor lagi tu macam kene gunting kat cikgu disiplin sekolah. kehkehkeh!


Akhir sekali, pasukan pilihan gua untuk jadi juara Copa America adalah Uruguay
lalalalala ~

Kesian Pahang, Peluang Kelantan


Apa dah jadi, apa dah jadi, sampai sekarang tak menang lagi. Apa dah jadi Pahang ? Tok Gajah ohh Tok Gajah. Tak cukup dengan tersingkirnya ke Liga Perdana musim hadapan, Pahang mungkin terlepas slot terakhir untuk melayakkan diri ke saingan Piala Malaysia nanti apabila ditendang pasukan di tempat ke 5 Liga Perdana musim ini, Sime Darby dalam perlawanan play-off pertama semalam.

Pasukan yang digelar pasukan 'diraja' ini pernah menewaskan juara Liga Super 2011, Kelantan, pernah tewaskan Selangor tetapi dimalukan oleh Sime Darby ? penulis hairan, apa sudah terjadi kepada pasukan bimbingan bekas pemain kebangsaan, Dollah Saleh ini ? 4-0 bukan kekalahan kecil, bolehkah Pahang bangkit di Stadium Darul Makmur ? atau Sime Darby lakukan kejutan dengan layak buat kali pertama ke Piala Malaysia ?

Famirul (paling kiri)

Disebalik nasib malang menimpa Pahang, pihak pengurusan Kelantan mungkin sedang bersiap sedia untuk menyambar pemain dari pasukan Tok Gajah. Famirul Asraf Sayuti, penyerang pasukan Pahang yang berasal dari Kelantan dikatakan menjadi sasaran utama Kelantan disamping Azamuddin Mohd Akil. Mengikut peraturan, pasukan yang bertanding di Piala Malaysia boleh bawa masuk pemain dari pasukan yang tidak beraksi di Piala Malaysia secara loan.

Penulis berpendapat, ini peluang terbaik The Red Warriors untuk menambahkan sengat di barisan serangan yang sejak akhir-akhir ini dilihat agak tumpul selain terlalu bergantung kepada 'kaki gol' Norshahrul Idlan Talaha yang mungkin akan sibuk dengan urusan di pasukan kebangsaan. Jika Famirul ke Kelantan, penulis yakin, sengat pasti lebih berbahaya.

Tuesday, July 19, 2011

Perak Cari Pengganti Razali

Fitri Omar (kiri) & Abdul Hadi (kanan)
Pasukan yang mengakhiri saingan Liga Super 2011 ditangga kelima, Perak dikatakan sedia untuk membuat tawaran untuk membawa masuk 3 muka baru secara transfer atau loan bagi menguatkan pasukan untuk saingan Piala Malaysia yang akan membuka tirai tidak lama lagi.

Dengan masalah disiplin bekas penyerang mereka, Razali Umar Kandasamy yang kini telah dilepaskan. Perak  jelas sekali ketandusan pemain untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Razali di posisi serangan. Mereka tidak boleh terlalu berharap kepada Akmal Rizal kerana Akmal juga belum pulih sepenuhnya.

Penjaring terbanyak Liga Perdana musim 2011, Mohd Fitri Omar kini menjadi sasaran utama skuad seladang ini. Selain Fitri, nama penyerang skuad Perlis, Saramsak Kram juga dikaitkan dengan perpindahan ke Perak. Jika kedua-dua penyerang diatas tidak berjaya diserap masuk ke skuad Perak. Seorang pemain dari pasukan UITM FC mungkin akan dibawa masuk.

Namun, Persatuan Bolasepak Perak dikatakan masih belum membuat sebarang perbincangan bersama ketiga-tiga pemain ini.


Tuesday, July 12, 2011

Jom Kenali Pendatang Baru Liga Super



Pagi tadi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah bersidang dan hasilnya, pasukan Harimau Muda A akan dihantar berkelana di Liga Singapura manakala Young Lions akan menyertai Liga Super Malaysia 2012. Terkejut ? tak terkejut sangat.


Banyak soalan-soalan meniti di bibir para penyokong bolasepak negara. 'best ker Young Lions ni?' ,  'Pasukan elit boleh cari makan ker?' , 'mana best singa muda ni dengan rimau muda kita?' dan macam-macam soalan lagi diajukan. Anda tahu tentang pasukan ini ? Jom kenali mereka.


Singa Muda atau Young Lions merupakan pasukan bola sepak bawah-23 tahun dari Singapura. Ramai kalangan mereka merupakan pasukan bawah-23 tahun kebanggsaan Singapura. Pasukan ini dibawah pengurusan Persatuan Bolasepak Singapura (FAS), tetapi diuruskan seperti kelab bola sepak dan telah bertanding dalam liga tertinggi Singapura – Liga S – sejak 2003. 


Dengan memasukkan pasukan Singa Muda ini dapat membantu FAS berharap dapat membantu dan memberi pendedahan kepada pasukan ini untuk belajar dan berlatih untuk persediaan untuk pertandingan antarabangsa. Langkah yang dilakukan uleh FAS ini memberi ilham untuk FAM untuk memasukkan pasukan muda ke dalam saingan Liga Malaysia tetapi mengubah tahap umur kepada bawah-19 tahun. 

Walaupun pasukan Singa Muda dibarisi oleh pasukan bawah-23 tahun kebangsaan Singapura, pasukan ini ada juga mengambil pemain muda dari negara luar. Namun, pemain luar boleh memasuki pasukan ini jika mereka berpotensi tinggi, maka mereka ditawarkan untuk mengubah status kewarganegaraan mereka kepada Singapura dan dapat memasuki pasukan ini pada masa akan datang.

Stadium utama mereka ialah di Stadium Jalan Besar yang telah dinaiktaraf. Pencapaian terbaik mereka ialah menduduki tempat ketiga Liga S pada 2004 dan 2006. 


Berikutnya, senarai pemain mereka :

Pemain

Sejak 25 April 2009
No.PosisiPemain
1Bendera SingapuraGKHyrulnizam Juma'at
2Bendera SingapuraDFEddie Chang
3Bendera SingapuraDFRahim As'ari
5Bendera SingapuraFWFairoz Hasan
6Bendera SingapuraDFHamqaamal Shah
7Bendera SingapuraMFGabriel Quak
8Bendera SingapuraMFHafiz Abu Sujad
9Bendera SingapuraMFFaritz Abdul Hameed
10Bendera SingapuraDFIrwan Shah
11Bendera SingapuraFWK Sivaseshan
12Bendera SingapuraFWFabian Kwok
13Bendera SingapuraMFIzzdin Shafiq
14Bendera SingapuraDFAfiq Yunos
15Bendera SingapuraMFRabbani Sudalman
No.PosisiPemain
16Bendera SingapuraDFShahir Hamzah
17Bendera SingapuraMFHariss Harun
18Bendera SingapuraGKJasper Chan
19Bendera SingapuraFWGoh Swee Swee
20Bendera NigeriaMFObadin Aikhena
21Bendera SingapuraMFErwan Gunawan
22Bendera SingapuraGKIzwan Mahbud
23Bendera SingapuraMFArif Aiman
24Flag of the People's Republic of ChinaFWYang Mu
25Bendera SingapuraFWFadhil Noh
26Bendera SingapuraFWKhairul Nizam
27Bendera SingapuraFWEugene Luo
28Bendera SingapuraDFAzfar Zainal Abidin
Bendera SerbiaMFLuka Savic

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...