Thursday, May 26, 2011

Episod Hitam Bolasepak Negara Bakal Berulang ?



Apa sudah jadi ? Sudahlah baru-baru ini pengawai penyiasat bahagian judi bola sepak FIFA datang ke negara kita dan mengadakan pertemuan dengan pihak polis Bukit Aman bahagian perjudian sudah cukup untuk membuat para peminat bola sepak negara tertanya-tanya akan motif mengapa pihak FIFA menghantar wakil ke Malaysia.


Kini dikhabarkan beberapa pasukan Liga Super telah dilaporkan kepada pihak kerana ada pemainnya yang didakwa menjual perlawanan. Betul kah ? Ada juga pasukan yang dilaporkan bahawa skuad Piala Presiden mereka pun terlibat dengan rasuah. 


Penulis juga berpendapat kes ini berkait rapat dengan kemerosotan yang ditunjukkan oleh beberapa pasukan Liga Super yang rata-ratanya dibarisi pemain-pemain bintang, sedangkan pasukan-pasukan ini cukup gemilang pada tahun lepas.


Bola sepak negara baru sahaja kembali bangkit selepas dimusnahkan oleh kegiatan rasuah oleh sebahagian besar pemain-pemain negara pada era 80-an dahulu, takkan nak musnahkan lagi ? Dek kerana rasuah kita kehilangan ramai pemain-pemain yang berkaliber suatu ketika dahulu seperti, Azizul Abu Hanifah dan Maltan Marjan, Jangan sampai nasib yang sama menimpa bintang-bintang bola sepak negara kita sekarang.


Ingat ! jauhi rasuah, kerana rasuah pernah membunuh bola sepak negara suatu ketika dahulu.

Apa Tugas Pengadil ?

Pengadil keempat perlawanan (Kelantan vs T-Team)
Credit : Userun Photography
Pengadil sekali lagi menjadi tumpuan di Stadium Sultan Muhammad IV yang menyaksikan Kelantan tewas mengejut di tangan pasukan T-Team semalam.

Yang paling mendapat tumpuan adalah penjaga garisan yang membenarkan gol pertama pasukan pelawat walaupun didakwa bola sudah keluar dari garisan dan diakui sendiri oleh pemain salah seorang pemain pasukan pelawat selepas tamat perlawanan. Mengapa ini boleh berlaku ? 

Pertama, mari kita lihat apa tugas seorang insan yang diibaratkan sebagai 'pelakon tambahan' dalam sesuatu perlawanan, jadi tumpuan apabila wujudnya kontroversi iaitu pengadil atau lebih tepatnya penjaga garisan.

Tugas yang pertama ialah memastikan keseluruhan bola keluar dari garisan sebelum memberi isyarat kepada pengadil utama, kedua, memastikan arah tendangan sudut, tendangan gol dan balingan bola ke dalam padang. Ketiga, memaklumkan pemain yang berada dalam kedudukan 'offside' dan yang terakhir ialah membantu pengadil utama membuat keputusan apabila ianya diluar pandangan pengadil utama. 


Namun bagi penulis, tugas pengadil yang utama ialah berlaku adil kerana mereka telah diberi mandat dan kepercayaan untuk mengadili sesebuah perlawanan.

Menurut sumber yang diperoleh penulis, hanya 35 orang pengadil (Kelas A) yang layak mengadili perlawanan berdaftar di Malaysia. Itu setelah mereka lulus dengan cemerlang dalam ujian kecergasan iaitu mereka harus membuat larian sejauh 2,800m dalam masa 12 minit. Selain ujian kecergasan mereka juga harus lulus dalam ujian teori seperti undang-undang 'curi ayam' ataupun 'offside' 

Sekarang, mari kita lihat kepada bayaran yang mereka perolehi apabila mengadili sesuatu perlawanan. Untuk pengadil utama yang mengadili perlawanan liga super mereka akan dapat RM300 dan RM125 untuk penolong pengadil, bagi perlawanan Piala Malaysia pula pengadil utama akan dapat RM250 dan RM125 untuk penolong pengadil dan akhir sekali untuk perlawanan Piala FA dan Liga Premier, Pengadil utama akan dapat RM150 dan penolong pengadil akan dapat RM75. Tidak mencukupi lagi kah ?

Mereka cuma perlu 'lari-lari ayam', 'tebalkan' muka dan telinga, tunjuk kad kuning atau merah bila perlu dan tiap wisel dalam masa 90 minit sahaja. Namun satu perkataan yang keluar dari mulut penjaga garisan dalam perlawanan semalam telah merencatkan kedudukan pasukan Kelantan di takhta liga dan juga moral pemain-pemain Kelantan yang perlu menempuhi banyak perlawanan-perlawanan penting dalam masa yang singkat ini.

Kenapa ? mengapa ? semua ini terjadi ? bagi penulis, sudah tiba masanya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil pengadil-pengadil dari luar negara yang pastinya jauh lebih berkaliber dari pengadil-pengadil yang ada di negara, kerana perkara ini tidak lagi boleh dipandang mudah kerana ianya telah banyak kali menggangu pasukan-pasukan dalam usaha mencapai kejayaan.




Friday, May 20, 2011

The Golden Boy - HM10


Nama Hashim Mustapha pernah menggegarkan arena bola sepak negara suatu ketika dahulu. Biarpun ramai generasi muda masa kini tidak mengenali dengan dekat bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya – pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia.Paling ketara Sukan Sea 1987 di Jakarta yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya.

Beliau yang mula berjinak dengan bola sepak seawal berumur 13 tahun bermain untuk liga daerah Kota Bharu dan membuat '1st debut' bersama skuad Kelantan pada usia 17 tahun pada tahun 1983.Sejak dari itu, kehadirannya dalam kesebelasan utama Kelantan merupakan berita buruk buat pasukan lawan.

Kelebihan dimiliki Hashim banyak dengan sepakan deras bak peluru,bila tiba 'deadball situations' dia lah yang paling digeruni,Sepakan-sepakan 'swinger' dan kebolehan untuk membuat jaringan dari sudut-sudut yang sukar juga merupakan salah satu sebab beliau digeruni.Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.

Walaupun aksi pemain istimewa seperti Hashim yang tiada galang gantinya sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran Kelantan itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.

Hashim sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati dengan padang latihan,di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.

Malah dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola paling diminati.Hashim merupakan seorang pemain yang selalu merendah diri.

Apapun bersaranya permata paling berharga bola sepak negara itu tidak seharusnya di sia-siakan begitu saja,generasi sekarang sepatutnya cuba menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya bola sepak negara kembali segar seperti sebelumnya.

Berikut diperturunkan sedikit maklumat yang dapat dicari oleh penulis

NAMA : Hashim Mustapha
TARIKH LAHIR : 31hb. Januari 1966
TINGGI : 5' 6"BERAT : 65 kg
ADIK-BERADIK : Sembilan (keenam)
POSISI : Penyerang
STATUS : Kahwin 
PENDIDIKAN : Kolej Sultan Ismail (SIC)
FIZIKAL : Sederhana tinggi
PENGALAMAN* 1982 - Mula bermain dalam pasukan Kelantan untuk Piala Emas Raja-raja ketika tingkatan empat.
* 1983 - Berehat setahun untuk menghadapi SPM
* 1984 ~ 1996 - Menjadi pemain utama Kelantan
* 1993/94 - Pemenang Kasut Emas
* 1996 ~ 1997 - Berhijrah ke negeri Kedah
* 1998 - Kembali ke Kelantan
* 1999 - Bersama pasukan Johor setelah berselisih dengan pengurusan Kelantan FA
* 2000 - Bersama JKR Kelantan
* Menyertai TNB Kelantan di pusingan kedua Premier II 2001
* 2008 - Jurulatih Skuad Presiden Kelantan
* 2010 - Pembantu Jurulatih Skuad Kelantan
Pencapaian : Pemenang kasut emas 1993-1994





Thursday, May 19, 2011

Pemain Bola Sepak Kurang 'Communication Skills'

Kebanyakan pemain bola sepak di negara kita tidak mempunyai skill komunikasi yang baik, kebanyakannya akan lebih kepada 'erm' apabila diajukan soalan. Ada juga apabila wartawan datang untuk interview terus lari. kenapa ? mengapa ? 


Cuba kita lihat kapten pasukan negara kita, Safiq Rahim, kali pertama keluar tv pun macam orang bisu juga, tetapi selepas sudah biasa dengan camera-camera dan wartawan-wartawan dia pula yang tidak mahu berhenti bercakap. Kalah Safee Sali.


Di Malaysia, pemain yang paling penulis 'respect' ialah penyerang sensasi negara yang sekarang bermain untuk pasukan di Indonesia, Safee Sali. 'Communication Skills' beliau memang mantap. Beliau buat kita terfikir-fikir dengan apa yang beliau katakan, berbeza dengan kebanyakan pemain-pemain lain yang para wartawan pula yang harus melengkapkan sesuatu ayat untuk mereka.




Penjaga gol utama negara dan Kelantan , Khairul Fahmi Che Mat juga sudah menunjukkan kematangan dalam jawapan-jawapan yang diberikan beliau bila di interview. Mungkin kerana beliau sudah biasa dengan semua ni.

FAM or state FAs, do your role, berilah tunjuk ajar kepada pemain-pemain ini macam mana ingin berinteraksi bersama media, mereka ni kan 'public figure' hantarlah mereka ke kem komunikasi dan lain-lain.Jom layan video ni. 







Tuesday, May 17, 2011

Izuan antara 'hot prospect' bola sepak negara

Credit to : Wawan Faiz

Apabila penulis sebut Mohd Izuan Salahuddin, mungkin ramai yang tidak kenal siapa dia ni. Penyanyi kah ? maaf, kisah pasal penyanyi tak masuk dalam blog ni. Mohd Izuan Salahuddin ialah seorang pemain bolasepak warganegara Malaysia. Ya, ramai yang tidak kenal. Beliau bukanlah sesiapa. Beliau tidak pernah main Piala Dunia. Beliau tidak pernah menang pemain terbaik dunia. Beliau hanyalah seorang pemain bola sepak dari sebuah negara yang menduduki ranking ke 144 dunia. Negara Malaysia.

Bekas pelajar sekolah menengah kebangsaan putra yang mesra di panggil “iwe solah” ini adalah pemain yang beraksi di posisi sayap kiri dan kanan berjersi 26 bersama skuad senior kelantan. Beliau melakukan '1st debut' beliau dengan cemerlang ketika Kelantan membelasah FELDA United 6-0. Beliau menyumbangkan 1 gol untuk Kelantan.

Ketua jurulatih Kelantan, Dato' M.Karathu menghamburkan pujian kepada pemain muda berusia 20 tahun ini dan menyifatkan Izuan Salahudin telah menunjukkan kematangan dalam permainan beliau. Sejak itu, Izuan sering diberi peluan untuk beraksi. Beliau digunakan sebagai 'rotation' dalam skuad utama.

Bagi penulis, Izuan merupakan salah seorang aset bola sepak Kelantan dan juga Malaysia. Beliau mempunyai larian yang pantas dan skill gelecekan yang sangat baik. Sepakan-sepakan 'in-swinger' beliau yang cantik juga menjadi salah satu punca Dato' M.Karathu tertarik untuk 'menaikkan pangkat' beliau dari skuad Piala Presiden ke skuad senior.

Tidak hairanlah jika satu hari nanti Ong Kim Swee mahupun Rajagobal akan memanggil Izuan untuk beraksi untuk pasukan negara. Satu nasihat penulis kepada Izuan, terus berusaha ! 

Monday, May 16, 2011

Aziz Boleh Dipuji


Abdul Aziz Ismail yang suatu ketika dahulu pernah mewakili skuad negara sekarang beraksi untuk skuad Kijang. Aziz merupakan pemain pertahanan kanan. Pemain yang bertubuh kecil ini merupakan seorang pemain yang lincah dan laju.

Walaupun jarang diberi peluang beraksi dalam skuad Kelantan namun semalam setelah diberi peluang untuk beraksi dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Kota Bharu, Aziz menampilkan aksi yang mantap tanpa 'karat'.

Beliau beraksi selama 90 minit perlawanan dengan baik sekali, tiada kesilapan-kesilapan besar ynag beliau lakukan. Beliau juga banyak membantu jentera serangan melalui 'crossing-crossing' beliau yang cantik. Jika sebelum ini penyokong Kelantan ragu-ragu akan kebolehan Aziz, sekarang mereka sudah saksikan kemampuan sebenar bekas pemain PLUS FC ini.

Jurulatih Kelantan, Dato' M.Karathu juga memuji aksi Aziz. Sekarang jika Zairul Fitri mengalami sebarang kecederaan atau digantung perlawanan seperti semalam. Dato' M.Karathu tidak perlu bimbang tentang siapa yang mampu menggantikan tempat Zairul kerana penulis yakin Abdul Aziz Ismail dapat menjalankan tugas beliau dengan baik.

Sunday, May 15, 2011

Jom kenali Wan Rohaimi

Wan Rohaimi Wan Ismail

Pemain yang ~Shamil10~ ingin ketengahkan pada minggu ini ialah pemain pertahanan veteran yang beraksi bersama skuad Kelantan.Wan Rohaimi Wan Ismail pemain yang berusia 34 tahun ini dibawa pulang ke negeri kelahirannya dari Johor musim lepas.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai pemain bolasepak profesional dengan pasukan Pahang dari tahun 1999 hingga ke tahun 2000. Selepas mengharungi musim yang berjaya di Pahang, beliau meneruskan kerjayanya di pasukan yang berpengkalan di Kuala Terengganu iaitu Terengganu.Beliau bersama dengan pasukan terengganu dari tahun 2001 hingga 2002.

Selepas itu, beliau ke pasukan Pulau Pinang pula selama 1 musim. Selepas itu, beliau ingin mencuba nasib di pasukan berstatus kelab pula.beliau berhijrah ke pasukan Selangor Public Bank.Selepas 2 musim di sana beliau berpindah ke pasukan Selangor pula.


Beliau di Selangor selama 2 tahun, dari tahun 2005 hingga 2006, selepas itu beliau berhasrat untuk mencuba nasib dengan pasukan yang berstatus kelab di selatan tanah air pula, beliau berpindah ke Johor FC.Beliau menabur bakti bersama Johor FC selama 4 tahun, Johor FC merupakan pasukan yang paling lama menggunakan khidmat Wan Rohaimi. 

Sekarang pemain kelahiran Kota Bharu Kelantan ini kembali beraksi bersama pasukan negeri kelahirannya. Beliau berpindah ke pasukan Kelantan pada awal musim 2011 baru-baru ini. Walaupun beliau jarang diberi peluang untuk beraksi namun para penyokong Kelantan tetap memberi sokongan kepada beliau.

Credit to : Wawan Faiz

Beliau juga merupakan salah seorang pemain pertahanan terbaik negara suatu ketika dahulu. Beliau pernah mewakili negara pada tahun 1999,2000,2004 dan 2005. Selepas itu beliau tersisih akibat hadirnya pemain-pemain muda sekarang.namun jasa beliau tetap dikenang oleh seluruh penyokong pasukan Malaysia.

Penulis berharap, Wan Rohaimi akan diberi peluang untuk beraksi walaupun jika dilihat kepada usianya, ramai yang ragu-ragu tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh beliau.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...